Saturday, January 7, 2012

Bahasa Melayu Atau Bahasa Malaysia

Mana Korang akan Pilih ??

Masa mule2 aq dapat soalan nie, aq yakin jawapan aq BAHASA MALAYSIA. Tapi Cikgu Haliza soh aq kaji balik. Then tadi aq bukak laman sesawang nie, carik larr pasal semua nie. Negara kite pernah menggunakan Bahasa Melayu selepas itu ditukarkan Bahasa Malaysia dan sekejap ditukarkan Bahasa Melayu. Tapi skunk kite menggunakan Bahasa Malaysia. Dan skunk aq bagi taw jawapan aq pilih BAHASA MELAYU berbanding Bahasa Malaysia.

"Cuba lihat di Amerika Syarikat yang bahasa kebangsaannya ialah bahasa Inggeris, mengapa mereka tidak tukarkan bahasa Inggeris kepada bahasa Amerika sama dengan nama negara mereka?" 
-petikan dari sebuah laman sesawang-

Aq suke ayat dye, kalo difikirkan betul jugak, x kan disebabkan kite kene amalkan amalan 1Malaysia, kite kene tukar semuanye ke nama negara kita jugak macam Bahasa Malaysia. Bukan negara kita sahaja yang pakai Bahasa Melayu, jadi kenapa nak kene tukarkan dye ke Bahasa Malaysia. Negara lain pown pakai jugak macam Indonesia, Brunie, Singapura dan selatan Filipina. Bukak larr wikipedia. Diaorang pakai Bahasa Melayu, tapi dalam dialek yang berbeza.. Macam kite jugak, orang shah alam ngan orang terengganu kalo bercakap, mesti lain sikitkan.

Jadi, jika kita ada 1Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mengapa hendak menukarkan nama bahasa yang berkembang pesat sehingga kini? Kita perlu berbangga menuturkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bukan hanya megah mengatakan kita adalah 1Malaysia.

Kite sepatutnye berbangga sebab Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara kita. Diluar negara, Bahasa Melayu dijadiakan khusus pengajian lagi, Bahasa Melayu sebenarnye makin pesat dalam pesadar dunia. Kite sebenarnye x leh suke suki je nak tukar Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia sebab Bahasa Melayu mempunyai sejarah dan susur jalur tersendiri.. 

Ok tu je larr nak cite sikit, sebenarnye nie keje umah cikgu bagi.. HAHA.. Pikir2kan dan selamat beramah..




No comments:

Post a Comment